Lawatan kerja Naib Canselor UNIMAS, YBhg Prof Dr Ahmad Hata Rasit pada 8 Februari 2024 dimulakan dengan kunjungan ke Pusat Pemprosesan Apong yang diusahakan oleh team Fakulti Kejuruteraan bersama komuniti setempat di Kampung Tambirat, Kota Samarahan.
Kumpulan penyelidik diketuai oleh Dr Ana Sakura Zainal Abidin, Fakulti Kejuruteraan, Tuan Haji Rasli Muslimen dan juga Prof Madya Dr Norazzlina M’Sadon, Dekan Fakulti Kejuruteraan serta warga Fakulti yang lain.
Turut hadir adalah Dr Abang Ekhsan Abang Othman, Pengurus Besar UNIMAS Holdings Sdn Bhd serta penduduk kampung yang terlibat.
